JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat dalam sebarang kes salah laku, jenayah dan rasuah.
"Saya sebagai Ketua Polis Johor akan memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pegawai dan anggota. Sebenarnya hanya segelintir yang terlibat dan mereka ini dianggap seperti setitik nila yang merosakkan susu sebelanga dan perlu disingkirkan daripada pasukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina 2024 Peringkat Kontinjen Johor di Plaza Tol Kempas Arah Utara di sini hari ini.
Kumar berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan seorang Inspektor dan tujuh anggota polis berusia di antara 20 hingga 50 tahun daripada Ibu Pejabat Polis Seri Alam yang direman empat hari mulai Selasa lepas untuk membantu siasatan kes pemerasan melibatkan wang tunai RM35,000 di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Sementara itu mengenai kes berlainan, Kumar berkata suspek berusia 30-an yang ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dipercayai baru pulang daripada persembunyian di Bangkok, Thailand.
"Lelaki itu merupakan salah seorang daripada 15 suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan lelaki berusia 24 tahun di Route 66, Jalan Abdullah Tahir di sini, Ahad lepas.
Suspek dipercayai telah lari ke Bangkok selepas kejadian pembunuhan berkenaan, namun ditahan setelah pulang dari negara itu pada keesokan harinya hasil kerjasama dan pertukaran maklumat polis di Thailand," katanya.
Semalam, dilaporkan kesemua 15 lelaki berusia 20 hingga 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua mereka direman tujuh hari bermula Isnin lepas.
Dalam pada itu, berhubung Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina 2024, Kumar berkata seramai 1,736 pegawai dan anggota akan bertugas bagi memastikan keselamatan rakyat di negeri ini terjamin sepanjang tempoh perayaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat dalam sebarang kes salah laku, jenayah dan rasuah. - Facebook Polis Johor
Gerawat Gala sebak kehilangan teman sejati
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Gerawat Gala tmenyifatkan Datuk Mutang Tagal yang dikenalinya sejak zaman persekolahan lagi.
Majlis penghormatan terakhir untuk Mutang pada Ahad
Jasad Datuk Mutang Tagal dijangka tiba di Miri pada jam 10.30 pagi Ahad dan akan terus dibawa ke Gereja Bem Jalan Airport untuk upacara penghormatan terakhir.
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran manifestasi komitmen kerajaan martabat agama Islam
Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2024 Masihi lambang manifestasi komitmen kerajaan memastikan syiar Islam terus dipertahan.
Lima kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan, hanya lima kenderaan rosak akibat ditimpa pokok berkenaan selain pagar bangunan itu turut rosak.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar, teroka peluang pelaburan baharu
Lawatan itu bagi memenuhi jemputan Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani selain menghadiri Forum Ekonomi Qatar 2024.
Afrika Selatan minta ICJ hentikan serangan Israel ke atas Rafah
Afrika Selatan meminta supaya Israel "segera menarik balik dan menghentikan serangan ketenteraannya" di Rafah.
ADTV Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam empat bulan pertama 2024
Purata nilai dagangan harian (ADTV) Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam tempoh empat bulan pertama 2024.
Tiara Jacquelina sahkan tiada pementasan Puteri Gunung Ledang dalam masa terdekat
Tiara mendedahkan perancangannya untuk membuka cawangan kedua resort Tiarasa Escapes dan Dream Forest pada hujung tahun ini.
TUDM dijangka bincang perolehan pesawat Hornet pada Jun depan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mengadakan lawatan ke Kuwait pada Jun depan bagi berunding mengenai perolehan pesawat tempur F/A-18D (Hornet).
Keselamatan pemain jadi keutamaan sepanjang musim Liga Malaysia - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keselamatan pemain serta seluruh pasukan menjadi keutamaan polis sepanjang musim Liga Malaysia yang bermula semalam.
Ada pegawai, anggota polis bocor maklumat dalam media sosial
Hal ini merupakan masalah serius yang bukan sahaja mencemarkan imej PDRM, malah turut mengancam keselamatan dan keamanan negara.
Tiada kompromi kepada pegawai, anggota terlibat dalam kes salah laku, jenayah dan rasuah
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang didapati terlibat dalam sebarang kes salah laku, jenayah dan rasuah.
Seramai 34 pegawai kanan, rendah polis dibuang kerja, lima bulan pertama tahun ini - Bukit Aman
PDRM tidak berkompromi terhadap mana-mana pegawai kanan atau pegawai rendah polis yang terlibat dalam rasuah, salah laku dan salah guna kuasa.
Penglibatan pegawai, anggota tentera di Turkiye harumkan nama Malaysia - Mohamad
Penglibatan 110 pegawai dan anggota Kor Kesihatan Diraja dalam Misi Operasi Starlight II Hospital Medan Malaysia (HMM) di Celikhan, Adiyaman, Turkiye pada Februari lepas telah mengharumkan nama Malays
Pegawai, anggota polis antara yang ditahan terlibat pertubuhan haram
Beberapa individu termasuk pegawai dan anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam sebuah pertubuhan haram, di sekitar Dungun, Jumaat lepas.
1,571 pegawai, anggota polis dikenakan tindakan tatatertib tahun lepas
Antara kesalahan integriti yang dilakukan adalah tidak mengisytiharkan harta, mengunjungi pusat hiburan dan meminta imbuhan.
Helikopter bawa Presiden Colombia ditembak
Dalam serangan itu, helikopter yang membawa Ivan Duque dan beberapa pegawai lain diserang dengan beberapa das tembakan.
PDRM siasat dakwaan ingkar SOP di Pulapol KL
Datuk Zaini Jass berkata, dakwaan yang tersebar di media sosial itu turut mengandungi beberapa tohmahan terhadap pengurusan Pulapol Kuala Lumpur.
Platform E-BAKAT bakal manfaatkan 12,000 isteri anggota ATM
Program E-BAKAT yang diusahakan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) dijangka memberi manfaat kepada lebih 12,000 isteri kepada anggota tentera.
Hanya 20 peratus pegawai, anggota bomba dibenar cuti Aidilfitri - KP JBPM
Hanya 20 peratus daripada lebih 15,000 anggota dan pegawai JBPM di seluruh negara dibenar mengambil cuti sempena Aidilfitri tahun ini.